Sembang Pandai

著者: Fred Eekmal dan Ariff
  • サマリー

  • Sertai Fred, Eekmal, dan Ariff dalam ‘Sembang Pandai’! Apa cerita panas minggu ini? Dari politik ke bola sepak, ke trend terkini, mereka bawakan perbincangan yang menginspirasi serta mencuit hati. Dengarkan sembang pandai mereka untuk kekal up-to-date dengan isu semasa!

    Amiu 2024
    続きを読む 一部表示
activate_samplebutton_t1
エピソード
  • AI : Buruk atau Baik?
    2024/10/08

    Okey, jom Sembang Pandai pasal AI—robot akan ambil alih dunia, atau kita semua terpengaruh dengan filem sci-fi? Dalam episod kali ni, Fred, Eekmal, Ariff, dan Nazir masuk deep dalam dunia Kecerdasan Buatan. Dari Alan Turing yang genius (lelaki yang basically cipta komputer!) sampai ke perkembangan AI terbaru yang buat industri jadi lebih power dan mind-blowing. Serius, macam mana kita boleh pergi dari mesin basuh sampai ke mesin yang boleh belajar dengan sendiri?

    Tapi, tunggu dulu—bukan semuanya neural networks dan teknologi cool. Walaupun AI ni buat semuanya lebih pantas dan smart, ada satu persoalan besar yang semua orang tertanya-tanya: Adakah AI akan ambil alih kerja kita (job discplacement)? Rileks—mereka kongsi pendapat, pengalaman, ramalan dan Sembang Pandai mereka tentang apa yang AI ni bakal bawakan untuk masa depan kita.

    Spoiler: Podcast kalini ni memang gempak habis sebab Ariff yang paling pemalu, kali ini paling petah bercakap!

    Oh, kalau korang nak tahu buku-buku yang mereka bincangkan untuk tambah lagi pengetahuan AI, ini dia:

    1. The Third Wave oleh Alvin Toffler – Buku tentang macam mana teknologi datang dalam gelombang, dan AI ni gelombang yang paling besar.

    2. What Tech Calls Thinking oleh Adrian Daub – Pernah terfikir semua hype pasal teknologi ni betul-betul real, atau sekadar hype je? Buku ni explore benda tu.

    3. The Technological Society oleh Jacques Ellul – Buku yang kupas macam mana teknologi tengah rewiring dunia dan diri kita, sama ada kita sedar atau tak.

    Join sembang santai ni, gelak sikit, dan mungkin lepas ni korang akan fikir dua kali sama ada AI yang korang guna hari-hari tu ada plan nak ambil kerja korang. Haha… atau mungkin betul? 😏

    続きを読む 一部表示
    58 分
  • Sembang Pandai Episod 2 - Kedai Buku Jadi Pusat Kebudayaan? Kisah Luar Biasa dari Asia Tenggara!
    2024/09/12

    Bagaimana sebuah kedai buku kecil boleh menjadi nadi kepada sebuah komuniti dan budaya? Dalam episod kedua ‘Sembang Pandai’, Fred, Eekmal, Ariff, dan Nazir meneroka peranan kedai buku di Asia Tenggara yang bukan sekadar tempat membeli-belah, tetapi juga pusat bagi diskusi, aktivisme, dan perkembangan budaya. Kedai seperti Tintabudi di Malaysia memainkan peranan penting dalam membina komuniti dengan menjual buku yang dikurasi, mengadakan acara, dan menjadi ruang untuk idea dan perbincangan intelektual.

    Episod ini juga membincangkan beberapa buku yang memberi kesan mendalam, termasuk:

    1. Islam and Secularism oleh Syed Naquib Al-Attas - mengupas pertembungan antara agama dan pemodenan.

    2. Principles oleh Ray Dalio - panduan dalam membuat keputusan dalam kehidupan dan perniagaan.

    3. Asian Renaissance oleh Anwar Ibrahim - seruan kebangkitan budaya dan intelektual Asia.

    4. Siri Biografi Lyndon Johnson oleh Robert Caro - pandangan mendalam tentang kepimpinan dan politik.

    5. Devil in Mexico - buku dengan elemen occultism yang mempengaruhi imaginasi dan emosi pembaca.

    6. Code of Arms - buku tentang sejarah bandar kecil yang diminati pembaca di luar negara.

    Dengar episod ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana kedai buku boleh menjadi pusat kebudayaan dan tempat pertemuan minda di rantau ini. Jangan ketinggalan untuk mengikuti sembang santai yang penuh dengan wawasan, pengalaman, dan cerita menarik dari Asia Tenggara!

    続きを読む 一部表示
    1 時間 10 分
  • Sembang Pandai Episod 1 - Politik Panas dan Fantasy Premier League: Cerita Pedas dari Sembang Pandai!
    2024/08/29

    Episod sulung ‘Sembang Pandai’ dibuka dengan perbincangan hangat bersama Fred, Eekmal, dan Ariff. Daripada drama politik di Indonesia dan Thailand—siapa yang memegang kuasa sebenar?—kepada tips eksklusif Fantasy Premier League, mereka membawa anda perbincangan santai penuh jenaka dan pandangan menarik. Jangan lupa untuk melanggan dan tinggalkan komen anda—kita baru mula panas!

    続きを読む 一部表示
    1 時間 15 分

あらすじ・解説

Sertai Fred, Eekmal, dan Ariff dalam ‘Sembang Pandai’! Apa cerita panas minggu ini? Dari politik ke bola sepak, ke trend terkini, mereka bawakan perbincangan yang menginspirasi serta mencuit hati. Dengarkan sembang pandai mereka untuk kekal up-to-date dengan isu semasa!

Amiu 2024

Sembang Pandaiに寄せられたリスナーの声

カスタマーレビュー:以下のタブを選択することで、他のサイトのレビューをご覧になれます。