『SBS Bahasa Melayu』のカバーアート

SBS Bahasa Melayu

SBS Bahasa Melayu

著者: SBS
無料で聴く

このコンテンツについて

Berita dan rencana yang bebas dan seimbang melalui SBS Audio, yang menghubungkan anda dengan kisah kehidupan di Australia, termasuk masyarakat yang bahasa ibundanya ialah Bahasa Melayu.Copyright 2025, Special Broadcasting Services 政治・政府
エピソード
  • Lawatan Latihan Ke Melbourne Mendorong Team Bola Jaring Johor Sasar Pingat Emas
    2025/07/10
    Pasukan bola jaring Johor berpeluang mengambil bahagian dalam lawatan latihan ke Melbourne baru-baru ini bertujuan meninjau kemudahan serta latihan yang disediakan untuk team Australia, dianggap antara pasukan netball terbaik di dunia. Antara program lawatan latihan ini, pasukan bola jaring Johor berpeluang mengambil bahagian dan memenangi perlawanan persahabatan dengan pasukan tempatan. Presiden Persatuan Bola Jaring Johor, YB Alwiyah Talib, memberitahu SBS Bahasa Melayu bahawa pasukan negeri Johor sememangnya bernasib baik kerana sukan ini menerima sokongan dan bantuan padu daripada DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Penaung Diraja Persatuan Bola Jaring Negeri Johor, YAM Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor. Ikuti perbualan YB Alwiyah bersama Zaini Ahmad.
    続きを読む 一部表示
    14 分
  • Warga Malaysia Ubati Rindu Tradisi Tanahair Anjurkan Pasar Malam Di Melbourne
    2025/06/27
    Siapa yang tak suka pasar malam? Ianya sinonim dengan Malaysia dan bagi mereka yang merantau ke luar negara, aktiviti mengunjung pasar malam sememangnya dirindui. Kini di Melbourne, tiga warga Melayu bersemangat keusahawanan berjaya menganjurkan sebuah pasar malam hujung minggu di Noble Park, lebih kurang 30 kilometer di selatan Melbourne. Zaini Ahmad mengunjungi pasar malam, The Colours of Light Winter Night Market, dan ianya tidak mengecewakan.
    続きを読む 一部表示
    8 分
  • Pemakanan Golongan Migran Kurang Sihat Punca Kencing Manis dan Sakit Jantung
    2025/06/23
    Pemakanan kurang sihat adalah punca utama peningkatan penyakit, termasuk kencing manis dan sakit jantung di kalangan golongan migran. Kini, Yayasan Nourish Nation menganjurkan pelbagai program bertujuan mendidik golongan pendatang tentang kepentingan menukar diet demi menjaga kesihatan. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Nourish Nation, Dr Raju Adhikari, memberitahu Zaini Ahmad, tekanan penghijrahan adalah antara punca pemakanan yang kurang sihat di kalangan pendatang baru ke Australia.
    続きを読む 一部表示
    13 分

SBS Bahasa Melayuに寄せられたリスナーの声

カスタマーレビュー:以下のタブを選択することで、他のサイトのレビューをご覧になれます。