エピソード

  • Ramadan Mulia Ini Warga Melayu Melbourne Dalam Kesusahan Tidak Akan Dilupai Oleh Yayasan An Nur
    2025/02/21
    Bulan Ramadan yang mulia kian menjelang dan bagi segelintir warga Melayu yang datang ke Australia, harapan untuk mengubah nasib kadangkala tidak tercapai. Bagi golongan ini, pelbagai kesusahan perlu diharungi dari segi masalah visa, tempat tinggal juga di mana untuk mendapat sesuap nasi. Mujurlah wujud beberapa pertubuhan amal di negara ini dan di Melbourne, khususnya di daerah selatan ibu negeri Victoria ini, warga Melayu dalam kesusahan sering memohon bantuan dari Yayasan An Nur. Yayasan ini ditubuhkan oleh seorang warga Malaysia yang berhijrah ke negara ini sejak beberapa dekad lalu, bertujuan membantu golongan muslimin dan muslimah yang memerlukan pertolongan. Sempena Ramadan tahun ini, Zaini Ahmad berbual dengan pengasas Yayasan An Nur, Norasiah Hassan Simkin, untuk mengetahui apakah program yang bakal dijalankan oleh pertubuhan ini sepanjang bulan yang mulia dan selanjutnya.
    続きを読む 一部表示
    12 分
  • #80 Talking about changing habits (Med) - #80 Berbual tentang perubahan tabiat seharian (Med)
    2025/02/20
    Learn how to express yourself when talking about changing your habits. - Pelajari bagaimana untuk berbual tentang perubahan amalan kebiasaan anda.
    続きを読む 一部表示
    18 分
  • Warga Melayu Kejar Nikmat Pandu 4WD Dalam Keadaan Mencabar
    2025/02/13
    Bagi sesetengah pemandu, mengendali kenderaan dalam keadaan serba mencabar adalah suatu nikmat yang sentiasa dikejari. Golongan ini sering digelar sebagai 'adrenaline junkie' yang mencari peluang untuk memandu kenderaan mereka 'off-road' demi menguji kehandalan mereka. Di Victoria, sekumpulan warga Melayu menganjur sebuah pesta membabitkan kenderaan pacuan empat roda di kawasan pendalam negeri ini. Pesta yang digelar Muddy Hunter 3.0 kini masuk tahun ketiga berjaya menarik warga Melayu yang datang seisi keluarga untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktivit sukan sepanjang hari. Pesta Muddy Hunter 3.0 kali ini bertempat di pusat perkhemahan Frenchmans Creek di Eildon, Victoria. Zaini Ahmad menemubual salah seorang penganjur Pesta Muddy Hunter 3.0 untuk mengetahui apakah yang mendorong golongan ini mengejar bahaya.
    続きを読む 一部表示
    10 分
  • #79 Talking about visas (Med) - #79 Talking about visas (Med)
    2025/02/06
    Learn how to talk about your visa status. - Pelajari bagaimana anda boleh berbual mengenai status visa anda.
    続きを読む 一部表示
    15 分
  • Does Australia's Parliament reflect society? - Apakah Parlimen Australia Mencerminkan Masyarakat Berbilang Kaum Di Negara Ini?
    2025/01/30
    Australia is one of the world's most multicultural nations but our Parliament isn't. Does it matter? - Australia ialah antara negara utama di dunia yang mempunyai penduduk berbilang kaum. Namun, Dewan Parlimennya gagal mencerminkan hakikat ini. Apakah kegagalan ini seharusnya diabaikan oleh para pengundi, khususnya di kalangan golongan migran?
    続きを読む 一部表示
    9 分
  • Sambutan Tahun Baru Berbilang Kaum Lambang Semangat Muhibbah
    2025/01/27
    Baru-baru ini berlansung sambutan serentak Tahun Baru dan Tahun Baru Cina yang melambangkan semangat muhibbah di kalangan warga Malaysia yang merantau ke negara ini. Majlis rumah terbuka ini dijayakan oleh tiga warga Melayu berganding bahu dengan seorang pengusaha keturunan baba Melaka, selaku tuan rumah. Sambutan tahun baru ini berlansung di sebuah kilang plastik kepunyaan hos majlis di subbandar Clayton, lebih kurang 30 kilometer dari pusat bandar Melbourne. Apa yang menarik, majlis bertemakan warna merah-hitam ini dihadiri oleh tetamu berbilang kaum, sebahagian daripadanya warga Malaysia yang bekerja di kilang terbabit. Dan seperti sambutan rumah terbuka di tanahair, tetamu majlis disajikan dengan pelbagai hidangan lauk-pauk Melayu serta manisan, termasuk durian Musang King. Dan pastinya tidak sah sekira sesebuah majlis sambutan Tahun Baru Cina tiada persembahan tarian singa dan majlis kali ini tidak menghampakan. Zaini Ahmad berpeluang menghadiri sambutan Tahun Baru/Tahun Baru Cina 2025 ini dan rata-rata, para jemputan telah menikmati sajian dan kemeriahan serta menghayati semangat muhibbah majlis tersebut.
    続きを読む 一部表示
    5 分
  • #78 Talking about holidays (Med) - #78 Berbual tentang percutian (Med)
    2025/01/23
    Learn how to talk about recent holiday or trip. - Pelajari bagaimana untuk berbual tentang percutian atau perjalanan anda.
    続きを読む 一部表示
    14 分
  • Ulasan Drama TAKDIR Lakonan Pelajar Malaysia Terbitan Badan Perhubungan Melbourne
    2025/01/22
    Baru-baru ini berlansung sebuah pementasan drama time-travel merentasi zaman silam dan zaman akan datang yang bertajuk TAKDIR. Pementasan ini hasil terbitan Badan Perhubungan Melbourne yang sebelum ini dikenali sebagai Kelab UMNO Luar Negara, ahlinya terdiri daripada pelajar-pelajar Malaysia yang kini mengikuti pengajian tinggi mereka di Melbourne. Drama Takdir mengisahkan harapan seorang suami dan bapa yang berikhtiar dan berjaya mencipta mesin merentasi zaman untuk menyelamatkan isteri beliau yang terbunuh dalam satu kecelekaan lebih dua dekad lalu. Namun pengembaraan beliau merentasi masa membawanya ke zaman silam, Hang Jebat dan Hang Tuah, juga ke abad-22. SBS Bahasa Melayu dijemput menyaksikan pementasan Takdir yang berlansung di teater State Library of Victoria dan Zaini Ahmad berpeluang menonton terbitan amatur ini. Ikuti ulasan beliau.
    続きを読む 一部表示
    9 分