-
サマリー
あらすじ・解説
Bagi sesetengah pemandu, mengendali kenderaan dalam keadaan serba mencabar adalah suatu nikmat yang sentiasa dikejari. Golongan ini sering digelar sebagai 'adrenaline junkie' yang mencari peluang untuk memandu kenderaan mereka 'off-road' demi menguji kehandalan mereka. Di Victoria, sekumpulan warga Melayu menganjur sebuah pesta membabitkan kenderaan pacuan empat roda di kawasan pendalam negeri ini. Pesta yang digelar Muddy Hunter 3.0 kini masuk tahun ketiga berjaya menarik warga Melayu yang datang seisi keluarga untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktivit sukan sepanjang hari. Pesta Muddy Hunter 3.0 kali ini bertempat di pusat perkhemahan Frenchmans Creek di Eildon, Victoria. Zaini Ahmad menemubual salah seorang penganjur Pesta Muddy Hunter 3.0 untuk mengetahui apakah yang mendorong golongan ini mengejar bahaya.
activate_buybox_copy_target_t1